Home » Langit Terbuka » Garis panduan program hiburan akan diselaraskan – Na’im

Garis panduan program hiburan akan diselaraskan – Na’im

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran program hiburan di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perbincangan akan diadakan bersama-sama dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Garis panduan ini nanti tentunya akan menerima pandangan mereka yang pakar daripada sudut hukum. Kita berharap agar garis panduan ini nanti diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan kita berharap tiada lagi pelanggaran garis panduan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu konsert yang memaparkan kumpulan penyanyi wanita dikenali sebagai Thungpang yang berasal dari Thailand, dalam satu konsert Kampung Balai, Bachok.

Kerajaan Negeri Kelantan mengesahkan konsert berkenaan mempunyai permit namun mengakui pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung Muslim ke konsert berkenaan.

Menurut beliau, konsert itu tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan sebagaimana yang didakwa pihak tertentu memandangkan ianya mempunyai permit.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *