Home » Langit Terbuka » Gangguan seksual terhadap anak kandung, ia lebih daripada jenayah – YADIM

Gangguan seksual terhadap anak kandung, ia lebih daripada jenayah – YADIM

Ketua Pegawai Eksekutif (YADIM) menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja itu suatu pengkhianatan terhadap tugas seorang bapa sebagai pembela wanita sekiranya kejadian itu terjadi. - Foto YADIM

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual itu adalah bukan sekadar jenayah namun ia adalah suatu jenayah pengkhianatan seorang bapa terhadap anak.

  • Ketua Pegawai Eksekutif (YADIM) menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja itu suatu pengkhianatan terhadap tugas seorang bapa sebagai pembela wanita sekiranya kejadian itu terjadi.
  • “Ia bukan sekadar sebuah jenayah keatas manusia tetapi ia adalah jenayah yang dilakukan kepada insan yang mempunyai pertalian darah yang tidak akan terputus sampai bila-bila,” Ketua Pegawai Eksekutif YADIM.
  • Tindakan itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada arahan agama dalam menjaga dan membela kaum wanita.

KUALA LUMPUR –  Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual itu adalah bukan sekadar jenayah namun ia adalah suatu jenayah pengkhianatan seorang bapa terhadap anak.

Beliau berkata susulan kenyataan yang diumumkan pelakon itu adalah satu dakwaan yang sangat berat sekiranya perkara itu terjadi.

“Ia bukan sekadar sebuah jenayah keatas manusia tetapi ia adalah jenayah yang dilakukan kepada insan yang mempunyai pertalian darah yang tidak akan terputus sampai bila-bila.

“Istilah wali yang diberikan kepada seorang ayah juga jelas dikhianati sekiranya tuduhan itu terbukti benar kerana wali yang diberikan gelaran kepada seorang ayah itu bukanlah melihat semata-mata kepada kuasa seorang ayah ke atas anaknya.

“Tetapi wali pada istilahnya itu sendiri sebenarnya bermaksud pembela atau penolong yang secara jelas memberi impresi tugas dan tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar ayah,” katanya kepada The Merdeka Times.

Beliau berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada arahan agama dan Rasulullah SAW kerana Nabi SAW dalam khutbah wada’nya (perpisahan) menegaskan secara terang mengarahkan agar menjaga dan membela kaum wanita.

“Kerana itulah apabila masyarakat biasa berhujah lelaki sebagai pemimpin kaum wanita dengan memetik ayat al Quran dari surah An nisa 34, ramai yang memberikan gambaran ayat ini menunjukkan status lelaki mengatasi wanita. – The Merdeka Times

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *