Home » Langit Terbuka » Gagasan Rahmatan Lil Alamin dibentang bulan depan

Gagasan Rahmatan Lil Alamin dibentang bulan depan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri percaya, pada tahun hadapan, gagasan itu akan disebarluaskan kepada semua peringkat termasuk di universiti, kementerian, pegawai kerajaan, sekolah dan pihak berkepentingan. - Foto Daily Express

KUALA LUMPUR – Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibentangkan ke kabinet bulan depan bakal menjadi satu dasar baharu kerajaan dalam membawa Malaysia melangkah ke depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kertas kerja gagasan itu dijangka dibentang dalam mesyuarat Kabinet selewat-lewatnya bulan hadapan dan jika diterima akan menjadi satu dasar baharu kerajaan dalam membentuk masa hadapan Malaysia.

“Sebelum ini, kertas kerja ini sudah mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Justeru, apabila jemaah menteri terima ini sebagai dasar pentadbiran Islam hari ini, maka Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan lancarkan dasar pentadbiran baharu berdasarkan Rahmatan Lil Alamin dan ia akan diterjemahkan dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober ini,” katanya ketika melancarkan Seminar Antarabangsa Rahmatan Lil Alamin di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) hari ini (19 September).

Mujahid juga percaya pada tahun hadapan, gagasan itu akan disebarluaskan kepada semua peringkat termasuk di universiti, kementerian, pegawai kerajaan, sekolah dan pihak berkepentingan.

Mengenai seminar antarabangsa yang dihadiri wakil dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura itu Mujahid berkata, ia adalah usaha kerajaan untuk memberi pendedahan dan memastikan konsep itu diterima semua pihak. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *