Home » Langit Terbuka » Gagal tangani judi, ketua polis daerah ditukar serta-merta

Gagal tangani judi, ketua polis daerah ditukar serta-merta

Ketua Polis Negara berkata, arahan secara spesifik diberikan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya membanteras judi haram

KUALA LUMPUR: Beberapa ketua polis daerah diarah bertukar serta merta berikutan kegagalan menangani isu perjudian di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara berkenaan, Fuzi berkata arahan secara spesifik diberikan kepada pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketua polis negeri dan ketua polis daerah.

“Kalau saya buat serbuan dan mendapati (masih) ada pusat perjudian di daerah berkenaan tindakan serta merta akan diambil.

“Sekarang ini, operasi banteras perjudian masih berterusan dan kami tidak akan bertolak ansur, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan pembukaan majlis Kursus Komunikasi Professional, di Maktab PDRM di Cheras, hari ini.

Fuzi berkata beliau sendiri akan membuat dan menyertai operasi judi secara mengejut jika memperoleh maklumat dan mengikut keperluan.

Tambahnya, PDRM sebelum ini membuka bilik gerakan untuk orang awam melaporkan kegiatan judi termasuklah talian “hotline” di seluruh negara.

“Kami ada buka talian bukan sahaja di Kuala Lumpur tapi di seluruh negara termasuk di Bukit Aman, tapi sambutan di Kuala Lumpur untuk orang awam melaporkan kegiatan judi agak dingin sekali.

“Isu judi ini banyak diperkatakan di Lembah Klang tapi penglibatan masyarakat untuk melaporkan kurang memberangsangkan. Oleh itu, saya minta orang awam termasuk pengamal media melaporkan kegiatan judi kepada kami,” katanya.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/13/kpn-gagal-tangani-judi-ketua-polis-daerah-ditukar-serta-merta/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *