Home » Citra Yadim » Futsal Belia YADIM Pahang jadi pilihan anak muda

Futsal Belia YADIM Pahang jadi pilihan anak muda

KUANTAN – Kejohanan Futsal Belia YADIM kawasan Pekan anjuran YADIM Pahang menerima sambutan amat menggalakkan apabila disertai 16 pasukan dari seluruh daerah tersebut pada 20 Disember.

Lebih menarik apabila ia turut disertai satu pasukan Orang Asli iaitu dari Kampung Aur Beruang. Secara keseluruhan, seramai 112 belia berusia 17 hingga 22 tahun menyertai kejohanan ini.

Kejohanan futsal ini diadakan dengan kerjasama Masjid Fatimah Az-Zahra (MAFAZ) Indera Sempurna yang dipengerusikan oleh Ustaz Sayuti Osman, Koordinator Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan.

Kumpulan Shabab Rasau A muncul sebagai juara dengan mengalahkan pasukan Voltara dengan jaringan 2-0 di perlawanan akhir.

Terdahulu pada 18 Disember, kumpulan IM FT muncul sebagai juara di Kejohanan Futsal Belia YADIM Pahang peringkat Parlimen Indera Mahkota dengan mengalahkan pasukan Masjid Balok Baru menerusi jaringan 4-3 pada perlawanan akhir.

Seramai 128 orang belia daripada 16 pasukan sekitar parlimen Indera Mahkota menyertai kejohanan tersebut. Program ini diseliakan oleh Koordinator SAY Indera Mahkota, Ustaz Zainal Abidin Mohamad.

Kedua pertandingan ini adalah antara pengisian Bulan Dakwah 3.0 YADIM Pahang. Ia merupakan inisiatif berdakwah menerusi sukan dan riadah dengan fokus kepada golongan muda.

Penganjuran ini juga membuktikan sukan boleh dilaksanakan dengan mematuhi syariat dan mampu menjadi medan penyebaran dakwah.

 

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *