ALOR SETAR – Para petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Hospital Sultan Abdul Halim dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda pada 27 Disember telah menerima sumbangan YADIM Kedah yang bertujuan menghargai jerih payah mereka.
Sumbangan yang dihulurkan berbentuk barangan makanan.
Hadir bersama Ahli Lembaga Yayasan Islam Negeri Kedah Ustaz Shahril Long.
Pada hari yang sama juga, YADIM Kedah juga menyantuni anggota polis, tentera, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam di empat sekatan jalan raya di daerah Kuala Muda iaitu di Tol Seberang Perai Utara,Tol Seberang Perai Selatan, Baling dan sempadan Pulau Pinang.
Ia dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan,Yayasan Islam Negeri Kedah, Darul Aman Care dan Belia Sejahtera Sungai Petani. Mewakili YADIM Kedah ialah Pengarahnya, Ustaz Aizat Zakaria.
KOMEN