SEBERANG PERAI UTARA – Sebagai menghargai sumbangan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan (frontliners) negara dalam menghadapi musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan program Terima Kasih Wira Negara.
Dalam program pada 22 Julai ini, YADIM Pulau Pinang menyampaikan cenderamata kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara, IPD Timur Laut, Hospital Seberang Jaya dan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.
YADIM Pulau Pinang juga sempat mengadakan perbincangan dan kunjung hormat terhadap Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.
Keduanya menyambut baik hasrat YADIM untuk melaksanakan kerjasama dalam program pembangunan modal insan melibatkan anggota mereka.
Turut diadakan juga ialah sesi ceramah dalam program Bicara Dakwah yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Rosmanizan Rosdi di IPD Seberang Perai Utara dan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Pulai Pinang.
KOMEN