Home » Citra Yadim » Free market YADIM di Baling

Free market YADIM di Baling

Suasana sekitar program Free Market YADIM.

SUNGAI PETANI – Pada 18 Februari 2018 yang lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Ziarah Kasih “Free Market” untuk golongan asnaf di Kampung Sungai  Tembak B, Parit Panjang, Baling.

Pada program itu, pelbagai jenis sumbangan orang ramai seperti pakaian, makanan dan keperluan yang lain telah dikumpulkan untuk diberi kepada golongan asnaf ini.

Sumbangan barangan berkenaan datangnya dari pelbagai pihak seperti dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang memberikan sumbangan bukan sahaja dari segi barangan tetapi juga kewangan.

Para asnaf yang turut serta dalam program itu ternyata gembira dan bersyukur dengan penganjuran program seumpama itu

Rata-rata mereka berasa berasa terharu kerana ada pihak yang sanggup bersusah payah datang ke kampung berkenaan untuk berkongsi makanan, pakaian dan barangan keperluan yang lain.

Turut diadakan pada program itu adalah ceramah motivasi, penyampaian bantuan makanan dan pemeriksaan kesihatan.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *