SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Negara disambut YADIM Negeri Johor dengan program-program menyemarak kecintaan kepada negara.
Pada 31 Ogos, telah berlangsung Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani dan Maju Johor.
Program di Masjid Seri Pengkalan Kampung Parit Kuda, Batu Pahat, Johor ini disertai seramai 270 warga penduduk sekitar.
Ia menampilkan Kadi Daerah Batu Pahat, Assyeikh Haji Mohd Nasri Abd Rahman dan Panel Penceramah YADIM, Ustaz Ellyeen Amineen Mohd Salleh sebagai ahli panel dan Pengarah YADIM Negeri Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah sebagai moderator.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid pula telah menyempurnakan perasmian majlis.
KOMEN