PUTRAJAYA – Sekretariat Sahabat Yayasan Dakwah islamiah Malaysia (SY YADIM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan sebuah forum bertajuk ‘Islam dan Perlembagaan Persekutuan’ jam 8 malam 27 Mac 2019 (Rabu).
Forum bertempat di Auditorium Utama UIAM itu, akan menampilkan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, Mantan Timbalan Menteri dI Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pensyarah Kuliyyah Undang Undang Ahmad Ibrahim, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.
Moderator bagi forum ini pula ialah En Syairazie Kasyfi juga dari Kuliyyah Undang Undang Ahmad Ibrahim.
“Tajuk Islam dan Perlembagaan Persekutuan dipilih bagi mendapatkan pandangan dari Ustaz Zolkharnain dan Dr Asyraf Wajdi, kerana keduanya mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam bidang masing masing.
“Alhamdulillah, setakat hari ini (26 Mac 2019), sudah lebih 200 orang mengesahkan kehadiran ke forum ini,” kata sekretariat program.
Menurut SY YADIM UIAM lagi, sesi forum berkenaan akan diadakan dalam Bahasa Melayu dan adalah terbuka kepada semua yang berhasrat menghadirinya.
Kepada yang berminat, pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan di https://bit.ly/WacanaIlmiahSYUIAM
KOMEN