Home » Langit Terbuka » Filem Dukun tak sesuai diklasifikasi P13 – PPIM

Filem Dukun tak sesuai diklasifikasi P13 – PPIM

AHMAD IDHAM dan Nadzim Johan ketika sidang media “Filem Dukun Tidak Sesuai Untuk Tayangan Umum?”

KUALA LUMPUR 3 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan tindakan pihak berkuasa mengklasifikasikan filem Dukun sebagai P13, atau penonton melebihi usia 13 tahun dengan pemantauan ibu bapa.

Ketua Aktivis (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, filem tersebut tidak sesuai untuk ditonton oleh kumpulan peringkat umur berkenaan.

“Saya agak tidak bersetuju pihak bertanggungjawab mengklasifikasikan filem ini sebagai P13, atau penonton yang melebihi usia 13 tahun.

“Bagi saya filem-filem sebegini sepatutnya perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia bukan saja memaparkan budaya ganas dan tahyul, malah boleh memberikan kesan negatif kepada penonton, khususnya kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Filem, Ahmad Idham pula kesal kerana tayangan filem Dukun diadakan serentak dengan tayangan filem Qhaliq yang telah terlebih dahulu mendapat jadual tayangan daripada pihak berkuasa.

“Saya tidak mahu tunding jari pada sesiapa, jadi saya beri laluan untuk filem Dukun pada 5 April ini. Saya sebagai penerbit dan pengedar sudah faham kesannya jika dua filem Melayu bersaing serentak di pawagam.

“Sama ada satu untung atau satu rugi, atau ‘membunuh’ kedua-duanya sekali. Namun saya tidak nafikan wujudnya rasa terkilan dan teraniaya. Saya tak tahu apa agenda mereka,” katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *