Home » Lagenda » Fakhruddin Al- Razi

Fakhruddin Al- Razi

SALAH seorang ahli tafsir dan ilmu kalam yang juga dikenal sebagai tokoh penbaharuan dunia Islam abad ke- 12 ialah Fahruddin al-Razi ( 1149- 1209). Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin Husain al-Taimi. Beliau lebih terkenal dengan nama al-Razi atau Imam Fakhruddin. Keluarganya dikenal sebagai keluarga ilmuwan. Ayahnya, Dauddin, ulama dan pemikir yang dikagumi di Rayy, memberikan pendidikan awal kepada al-Razi. Untuk mendalami pengetahuannya dalam bidang agama dan umum, beliau pergi ke pelbagai pusat ilmu pengetahuan. Namun pada akhirnya beliau menekuni ilmu agama, khususnya ilmu kalam (teologi Islam) dan ilmu tafsir. Dalam bidang ilmu kalam al-Razi telah menghasilkan beberapa karya, antaranya termasuklah al-Matalib al-Aliyah min al-“Ilm al- Illahi, sementara dalam bidang tafsir beliau turut menghasilkan beberapa karya. Antaranya termasuklah Mafatih al-Gaib dan Tafsir Surah al-Fatihah.

Sikap kritis

Al- Razi pernah mengkritik ahli falsafah Islam klasik. Beliau memberikan kritikannya itu dalam buku Mabahis al-Masyriqiyyah dan ‘Uyun al- Hikmah. Beliau juga pernah mengulas karya Ibnu Sina yang berjudul al-Isyarat wa al-Tanbihat dengan panjang lebar.

Tokoh pembaharuan

Dalam dunia Islam, al- Razi dikenali sebagai tokoh pembaharuan dunia Islam pada abad ke- 6 H. Beliau juga dikenal dengan gelaran tokoh penbangunan system teologi melalui pendekatan falsafah yang menyebabkan pembahasannya tentang teologi berbeza daripada pembahasan tokoh teologi sebelumnya. Al- Razi tergolong sebagai penulis produktif. Belaiu telah menghasilkan lebih kurang seratus karya tulis.

Mafatih Al-Gaib

Dalam persoalan fikah, karya tafsir al- Razi yang berjudul Mafatih al-Gaib (Pembuka yang Ghaib) sejajar dengan pemikiran golongan Syafi’iyah (Pengikut Mazhab Syafi’e). Karya itu dianggap sebagai salah sebuah karya tafsir terbaik. Jika dilihat dari segi isinya, karyanya itu tergolong sebagai tafsir bi al-ra’yi (tafsir yang lebih banyak menggunakan dalil akal). Kini karya agung yang terdiri daripada 16 jilid itu dapat diperoleh hamper di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Tradisi Al-Ghazali

Pengaruh al-Razi sangat besar terhadap dunia Islam, khususnya terhadap golongan  Ahli Sunnah Wal Jamaah (salah satu mazhab atau golongan dalam Islam yang mempunyai paling ramai pengikut). Al-Razi dianggap berjasa oleh golongan itu kerana telah meneruskan tradisi al-Ghazali dalam usaha mempertahankan doktrin Asy’ariyah yang banyak dianuti oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Setelah al- Razi meninggal dunia, golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah lagi mempunyai seorang ahli falsafah besar.

Penganut Asy’ariyah

Dalam bidang ilmu kalam (teologi Islam), al-Razi menganut fahaman Asy’ariyah (aliran yang diasakan oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari). Hampir seluruh karyanya dalam bidang ilmu kalam mengandungi penjelasan dan pengembangan terhadap doktrin Asy’ariyah.  Selain itu, al-Razi juga sangat dipengaruhi oleh al-Ghazali (seorang ahli teologi dan ahli falsafah besar) dan al- Juwayni ( guru al-Ghazali dan pembesar di Madrasah Nizamiyah). Begitu juga halnya dengan al-Ghazali, al-Razi juga menolak pendekatan ahli falsafah dalam usaha memahami agama. Dalam persoalan tentang sifat Tuhan, al-Razi jbersetuju dengan kalangan penganut Asy’ariyah. Namun sifat Tuhan yang diakuinya berjumlah lapan, iaitu esa, hidup. Berilmu, berkuasa berkehendak, mendengar, melihat dan berkata.

Sistem penulisan kalam

Pengaruh al-Razi dalam ilmu kalam sangat besar. Beliau ialah ahli teologi Islam pertama yang menghasilkan system penulisan kalam daripada model klasik menjadi model moden. Para ahli teologi selepasnya, seperti al-Tatazani (792 H- 1390 M) dan al-Jurjani (816 H/1413 M)  terhutang budi kepada model penulisan yang dihasilkan oleh al- Razi. Sebagai penulis yang produktif dalam ilmu kalam dan tasawuf, al-Razi telah menghasilkan beberapa buku, antaranya al-Arba’in fi Usul al-Din ( karyanya dalam bidang ilmu kalam) dan Kitab Irsyad al-Nazar il, Lata’if al-Asrar (karyanya dalam bidang tasawuf) Al-Razi tergolong sebagai penulis produktif. Beliau telah menghasilkan lebih kurang seratus karya tulis. Dengan pengetahuannya yang luas, al-Razi kerap kali berdioalog dengan para tokoh yang ditemuinya di tanah kelahirannya dan di beberapa daerah lain.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *