Home » Langit Terbuka » Faham Islam elak ideologi asing

Faham Islam elak ideologi asing

Antara program Jejak Menara 2014

KUALA LUMPUR 2 Mac – Lebih 2,000 pelajar lepasan menengah menghadiri Program Jejak Menara 2015 Peringkat Negeri Kelantan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diadakan Sabtu lalu di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Yang Dipertua Yadim, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, program tersebut diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan mengisi borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi di samping me­ne­rangkan tentang kursus serta peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Selain itu, katanya, program tersebut juga bertujuan memberi kefahaman Islam yang syumul kepada para peserta sekali gus mengelakkan mereka daripada terlibat dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.

“Melalui program ini, kami berharap para bakal mahasiswa dapat memahami peri pentingnya mendapatkan ajaran Islam sebenar yang sekali gus mengelakkan mereka terjebak daripada ideologi asing yang memudaratkan. “Para remaja harus disedarkan bahawa mereka adalah pewaris harapan negara yang memerlukan mereka mempunyai rasa tanggungjawab. Yadim amat bimbang menyaksikan ramai dalam kala­ngan remaja mudah terjebak dengan sesuatu fahaman berda­sarkan respons di laman sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jejak Menara Kelantan adalah siri program pertama Jejak Menara pada tahun 2015. Siri-siri lain akan dijalankan seluruh Malaysia sepanjang bulan Mac.

Sumber daripada www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *