Home » Langit Terbuka » Etnik Buddha pindah ke bekas kampung Rohingya di Rakhine

Etnik Buddha pindah ke bekas kampung Rohingya di Rakhine

Sebuah perkampungan di Rakhine yang sudah diduduki oleh puak Buddha.

KOE TAN KAUK: Etnik Buddha Myanmar mengambil kesempatan berpindah ke Rakhine di utara negara itu, pernah dikuasai etnik Muslim Rohingya sebelum ini dalam rancangan mengubah demografi setempat.

Mereka berpindah ke beberapa kawasan di Rakhine yang sudah ‘dibersihkan’ daripada penduduk Rohingya, selepas perkampungan mereka dimusnahkan dan hanya tinggal kesan berlopak di kawasan pertanian subur.

Pendatang Rakhine itu adalah golongan miskin berasal dari kawasan stabil di selatan dan buat masa ini, jumlah mereka masih sedikit.

Namun, mereka membawa harapan besar sebagai perintis pelan ‘Rakhinisasi’ yang ditaja penderma untuk mengubah demografi kawasan yang satu ketika dulu dihuni majoriti penduduk Islam berkenaan.

“Kami amat takut dengan golongan ‘Kalar’ sebelum ini dan tidak merancang untuk ke sini.

“Namun kini mereka tiada di lagi, kami berpeluang bertemu saudara yang menetap di sini,” kata Chit San Eain, 28, yang berpindah bersama suami dan anaknya ke pondok asas di sini merujuk gelaran menghina penduduk Muslim.

Katanya, runtuhan penempatan Rohingya terletak sejauh beberapa kilometer dari pondok didiaminya.

Hampir 700,000 etnik Rohingya diusir dari utara Rakhine ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu oleh tentera Myanmar. Tambahan 300,000 lagi dihalau dari selatan dan tengah Rakhine dalam kempen tentera sejak 1970-an.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan operasi tentera tahun lalu itu sebagai ‘pembersihan etnik’ dengan pegawai kanannya berkata, semua bukti menunjukkan pembunuhan beramai-ramai jelas berlaku. -AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *