Home » Langit Terbuka » Erdogan rancang adakan lawatan serantau, bantu atasi krisis Qatar

Erdogan rancang adakan lawatan serantau, bantu atasi krisis Qatar

ANKARA, 10 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkemungkinan akan membuat lawatan ke beberapa negara serantau untuk membantu menyelesaikan krisis yang sedang melanda Qatar.

“Saya mungkin mempunyai lawatan diplomatik selepas 15 Julai. Saya mahu melawat rantau ini sekali lagi. Kami mungkin menyumbang kepada penyusunan semula dialog menerusi lawatan ke rantau ini. Kami merancang untuk melawat Qatar, Kuwait, dan Arab Saudi khususnya, “kata Erdogan, lapor Hurriyet Daily News pada hari Isnin.

Erdogan berkata, beliau telah membincangkan pertikaian Qatar dengan semua pemimpin yang telah ditemuinya pada sidang kemuncak G20 – termasuk presiden AS dan Rusia – dan memberitahu mereka bahawa penyelesaian harus ditemui melalui dialog.

Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun, menuduh Doha menyokong keganasan.

Mereka juga menghalan semua laluan darat, udara, dan laut dengan Qatar, meskipun Qatar telah menafikan tuduhan terhadapnya.

Kuwait dan Oman juga dilaporkan telah terlibat dalam usaha pengantaraan dalam pertikaian tersebut.

Turki pada mulanya cuba untuk tidak memihak dan berusaha untuk membawa pihak yang bersengketa untuk kembali bersama menerusi cara berdialog.

Namun, tidak lama selepas pergolakan diplomatik meletus, Turki juga meluluskan penghantaran ribuan tentera ke pangkalan yang berada di Qatar.

Keputusan itu menghampakan Arab Saudi dan negara-negara lain yang memboikot Doha.

Pada 22 Jun lalu, mereka mengeluarkan senarai 13 tuntutan ke atas Doha agar hubungan itu dipulihkan.

Namun, Qatar enggan memenuhi tuntutan itu sambil menyifatkannya sebagai tidak munasabah. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *