TUNIS 27 Dis. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menggelar Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai pengganas dan mendakwa adalah mustahil usaha perdamaian diteruskan dengan pemimpin berkenaan.
Turki menuntut pengunduran Assad daripada kerajaan dan menyokong usaha penentang kerajaan Syria untuk menggulingkan Presiden Syria berkenaan, namun mula mengubah nada kelantangan itu selepas Ankara mula bekerjasama dengan sekutu Assad, Rusia dan Iran.
“Assad amat jelas adalah seorang pengganas yang melakukan keganasan di negaranya,” kata Erdogan kepada sidang media bersama rakan sejawatnya dari Tunisia, Beji Caid Essebsi di sini. – REUTERS, UTUSAN
KOMEN