Home » Langit Terbuka » Equanimity akan dijual dalam tempoh tiga, empat bulan

Equanimity akan dijual dalam tempoh tiga, empat bulan

Peguam Negara menjelaskan, kapal tersebut masih boleh dijual walaupun proses perundangan mengenai skandal itu masih berjalan

KUALA LUMPUR – Kapal layar mewah, The Equanimity yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dijual dalam masa terdekat, sekiranya tiada mana-mana pihak mempertikaikan mengenai pemilikan kapal itu.

Menurut Peguam Negara, Tommy Thomas, kapal tersebut masih boleh dijual walaupun proses perundangan mengenai skandal itu masih berjalan.

“Kapal itu boleh dijual walaupun proses perundangan mengenainya masih berjalan. Ia akan dijual dalam satu proses yang telus dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Kita tukarkannya dalam bentuk wang, simpan dalam akaun tetap dan pemilik asal kapal akan mendapat wang itu. Itupun jika tiada mana-mana pihak mempertikaikannya,” kata Tommy.

Beliau berkata demikian pada sesi khas bersama Peguan Negara di Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia 2018 di sini hari ini.

Sementara itu berhubung jet Bombardier Global 5000 yang dikatakan milik jutawan Low Taek Jho atau Jho Low dan dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1MDB, Tommy memberitahu beliau masih belum mendapat apa-apa arahan mengenainya.

Tambahnya, pada masa ini, maklumat yang diketahuinya adalah sebagaimana yang dilaporkan oleh media. – Utusan

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *