Home » Langit Terbuka » Empat warga Finland edar pen dan risalah Bible dihantar pulang

Empat warga Finland edar pen dan risalah Bible dihantar pulang

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Kedah berkata, mereka yang berusia 27 hingga 60 tahun itu dihantar pulang oleh Jabatan Imigresen Malaysia kelmarin, selepas keputusan mengenainya dikeluarkan oleh pihak pendakwaan - Foto FreeMalaysiaToday

ALOR SETAR – Empat warga Finland yang ditahan kerana disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan Bible di Langkawi, Selasa lalu, sudah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, mereka yang berusia 27 hingga 60 tahun itu dihantar pulang oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kelmarin, selepas keputusan mengenainya dikeluarkan oleh pihak pendakwaan.

Katanya, keempat-empat warga Finland itu ditahan pada 20 Nov lalu selepas disyaki mengedarkan pen dan risalah terbabit di kawasan Pantai Chenang, Pasar Basah Klebang dan pasar malam di Ulu Melaka.

“Polis sebelum ini menahan mereka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan sebelum menyiapkan kertas pendakwaan, namun pihak pendakwaan membuat keputusan menghantar mereka pulang ke negara asal mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Usahawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur di sini.

Pada 20 Nov lepas, polis menahan empat warga Finland itu, dua daripadanya wanita, di sebuah bilik hotel di Langkawi kira-kira 5 petang dan merampas 47 batang pen dan 336 naskah buku kecil yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang dipetik dari Bible yang dipercayai cuba diedarkan kepada orang ramai.

Tangkapan dibuat susulan tiga laporan polis yang diterima daripada orang ramai berhubung kegiatan suspek yang telah berada di pulau peranginan itu sejak 18 November. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *