Home » Langit Terbuka » Empat peserta ADMY ke pentas akhir Khamis ini

Empat peserta ADMY ke pentas akhir Khamis ini

Pelatih ADMY yang mara ke Pentas Akhir bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah. - Foto YADIM

PUTRAJAYA: Empat peserta menempah tempat ke pentas akhir program Akademi Da’i Muda (ADMY) 2022 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, ADMY ini bukan semata-mata program realiti namun ia bertujuan menonjolkan proses da’i yang sebenar untuk diketengahkan kepada masyarakat.

Katanya, program ini sudah berlangsung sejak empat bulan lalu dan empat peserta yang layak ke peringkat akhir sudah ditapis sebelum menjalani ujian kemasukan di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat.

“Program ADMY ini adalah siri ke empat selepas kali pertama diadakan pada 2019 bagi mengetengahkan kebolehan dan bakat pendakwah muda,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Pentas akhir ADMY akan berlangsung di Dewan Auditorium Angkasa,Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya.

Empat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir terdiri dari pelajar Universiti Al Azhar, Mesir Aiman Khair Abdul Rahman, 22, Muhammad Hafiz Mohamed Din, 24 (Universiti Sultan Idris), Nur Husna Mat Ghani, 23, (Universiti Malaysia Terengganu), Siti Fatimah Khairuddin, 27, dari Universiti Ohio State, Amerika Syarikat.

Juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, tiket mengerjakan umrah, bar emas, rehal Diraja Gold, produk kesihatan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Tuan Kamarul berkata, program ini adalah salah satu proses pembangunan dakwah YADIM membabitkan golongan muda.

Katanya, ia membabitkan empat modul khusus yang perlu dilalui peserta iaitu pembangunan keilmuan, Islam dan budaya, kemahiran teknologi maklumat dan pengurusan dakwah.

“YADIM berharap program ini dapat mencapai objektifnya dan kesemua finalis juga dapat meneruskan usaha menyampaikan dakwah melalui pelbagai medium termasuk teknologi maklumat dan media sosial yang menjadi pilihan golongan muda hari ini.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *