Home » Langit Terbuka » Empat individu letup diri di ibu pejabat polis di Surabaya

Empat individu letup diri di ibu pejabat polis di Surabaya

Pasukan polis anti keganasan berkawal susulan insiden letupan bom di sebuah balai polis di Surabaya,semalam.- REUTERS

SURABAYA – Empat militan bermotosikal meletupkan diri di sebuah ibu pejabat polis di Surabaya hari ini dan mencederakan sekurang-kurangnya enam orang awam dan empat anggota polis.

Insiden terjadi sehari selepas serangan nekad pengebom berani mati yang menyasarkan tiga gereja di Surabaya, lebih 10 nyawa terkorban manakala 40 yang lain termasuk dua anggota polis cedera.

Laporan polis setelah menyemak semula laporan yang mengatakan terdapat dua pengebom berani mati mendapati seorang kanak-kanak perempuan yang bersama kumpulan terbabit, terselamat daripada serangan.

“Empat pelaku yang menunggang dua motosikal disahkan maut, identiti mereka masih dikenal pasti,” kata  jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang bersama kumpulan terbabit telah dikejarkan ke hospital,” katanya lagi.

“Ini adalah tindakan pengecut, tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan,” kata Presiden Indonesia Joko Widodo kepada wartawan di Jakarta.

Setakat ini tiada pihak tampil bertanggungjawab.-AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *