Home » Langit Terbuka » Emir Kuwait meninggal dunia

Emir Kuwait meninggal dunia

Sheikh Sabah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Amerika Syarikat yang sering dikunjunginya untuk mendapatkan rawatan. - Foto Shafaqna.com

BANDARAYA KUWAIT – Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, yang dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun.

Kerajaan Kuwait segera menamakan adik tirinya berusia 83 tahun, Putera Mahkota Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah, sebagai pewarisnya.

Sheikh Sabah mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pemimpin yang banyak membantu negaranya dalam serangan Iraq pada 1990, krisis pasaran minyak dunia dan pergolakan di Parlimen dan jalanan.

“Dukacitanya kami berkabung… disebabkan kematian Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al-Sabah,” kata menteri hal ehwal diraja, Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Sheikh Sabah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) yang sering dikunjunginya untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan di Kuwait.

Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan. Pada September 2019, Sheikh Sabah menjalani ujian perubatan sejurus tiba di AS, menyebabkan perjumpaannya dengan Presiden Donald Trump, terpaksa dibatalkan. – AFP

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *