Home » Langit Terbuka » Elak Tudung Corak ‘Dreamcatcher’ – Mufti Wilayah

Elak Tudung Corak ‘Dreamcatcher’ – Mufti Wilayah

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui tulisannya di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dreamcatcher pada asalnya satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika

SHAH ALAM – Memakai tudung dengan corak dreamcatcher menjadi trend sesetengah wanita Islam mutakhir ini.

Namun, timbul tanda tanya susulan corak itu adalah simbol kepercayaan masyarakat Red Indian.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui tulisannya di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dreamcatcher pada asalnya satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika.

“Namun,  kepercayaan ini boleh disifatkan hampir luput pada masa kini dan bertukar menjadi barangan kraf yang dibuat bagi tujuan komersial,” katanya.

Memakai tudung dengan corak dreamcatcher menjadi trend sesetengah wanita Islam mutakhir ini. – Gambar hiasan

Bagaimanapun katanya,  di dalam Islam terdapat larangan menyerupai pakaian orang kafir.

“Rasulullah SAW melarang umat Islam menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka.

“Berdasarkan penelitian para ulama terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah, salah satu bentuk penyerupaan dengan orang kafir dilarang ke atas umat Islam adalah pada pakaian,” katanya. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *