Home » Langit Terbuka » Elak masjid, surau jadi pusat sebar kebencian

Elak masjid, surau jadi pusat sebar kebencian

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyokong dan brsetuju dengan titah Sultan Perak supaya masjid di negeri itu bebas daripada sebarang kegiatan politik. - Foto TallyPress.com

KUALA LUMPUR – Masjid dan surau perlu menjadi institusi ummah yang bebas daripada segala bentuk kepentingan termasuk berkait unsur politik kepartian, sebaliknya perlu menjadi pusat menyampaikan perkara kebaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kesucian masjid dan surau perlu dipelihara supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan menyebarkan kebencian atau ideologi dengan menjadikan program tertentu sebagai alasan.

“Saya menyokong penuh teguran dan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung penyalahgunaan masjid dan surau oleh sesetengah pihak untuk aktiviti berbentuk politik kepartian.

“Saya juga bersetuju dengan titah baginda yang menegaskan masjid dan surau berperanan sebagai tempat menyatukan ummah dan perlu bebas daripada sebarang unsur politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap teguran dibuat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang meminta parti politik tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian, terutama di sepanjang Ramadan ini.

Mujahid berkata, tindakan itu juga sejajar dengan konsep masjid ‘RAHMAH’ (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat) yang kerajaan terapkan dalam dasar pentadbiran Islam di negara ini.

“(Ini) supaya masjid dan surau bebas daripada cengkaman kepuakan, kekelompokan dan kepartian,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *