Home » Langit Terbuka » Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh – Mohd Na’im

Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh – Mohd Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, bercakap ketika sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata umat Islam sepatutnya meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT.

“Kita mahu lahirkan masyarakat MADANI dan umat Islam yang meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT…Allah sahajalah tempat kita mengadu nasib apabila menghadapi kesusahan.

“Elakkan diri daripada mendapat nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh sebab kalau silap langkah, ia akan melibatkan soal akidah dan dibimbangi termasuk dalam golongan yang melakukan perbuatan syirik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Santuni MADANI: Mini Karnival Kampung Angkat MADANI di Kampung Baru di sini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat dibuli dan didera tujuh tahun lepas, meluahkan rasa kesal terhadap bomoh didakwa menjadi punca kepada kes itu.

Dalam kejadian itu, nama Allahyarham dilapor telah disebut seorang bomoh kononnya terlibat dalam kes kehilangan komputer riba milik salah seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyebabkan mangsa dipukul beramai-ramai.

Selasa lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *