Home » Langit Terbuka » Ekonomi bumiputera boleh meningkat walau tanpa lesen judi, alkohol

Ekonomi bumiputera boleh meningkat walau tanpa lesen judi, alkohol

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia berkata, walaupun perniagaan-perniagaan tidak halal seperti aktiviti perjudian, penjualan alkohol dan pusat hiburan boleh menyumbang berbilion ringgit namum tidak semestinya orang Melayu perlu turut sama

KUALA LUMPUR – Ekonomi kaum bumiputera di negara ini mampu bersaing dengan kaum lain walaupun tanpa diberikan lesen pusat judi dan penjualan alkohol.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, walaupun perniagaan-perniagaan tidak halal seperti aktiviti perjudian, penjualan alkohol dan pusat hiburan itu boleh menyumbang berbilion ringgit namum tidak semestinya orang Melayu perlu turut sama terlibat hanya untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Jelas beliau, orang Melayu boleh mengangkat martabat ekonomi mereka sekiranya hak istimewa orang Melayu menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan digunakan sepenuhnya.

“Tidak semestinya orang Melayu perlu turut terlibat dalam perniagaan yang haram dalam agama Islam itu, apa yang kita boleh lakukan adalah hak istimewa orang Melayu perlu digunakan sepenuhnya serta dengan agresif untuk membantu ekonomi Bumiputera.

“Hak istimewa orang Melayu memang terjamin dalam Perlembagaan, kita tidak usik dan persoal perniagaan tidak halal oleh masyarakat bukan Islam dan mereka juga jangan cuba pertikai hak kita. Kita tak pertikai mereka, mereka juga patut hormati hak kita,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.

Baru-baru media melaporkan terdapat cadangan lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar mampu bersaing dengan kaum lain daripada segi ekonomi. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *