PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketujuh dengan yang terbaharu diadakan di hadapan Pasar Besar Tanah Merah pada 27 April.
Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Tanah Merah.
Turut diedarkan kepada orang ramai pelekat ‘Jom Ke Masjid’ sebagai kempen untuk mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Penyelaras Sukarelawan YADIM Tanah Merah, Ustaz Amran.
Sebelum ini YADIM Kelantan telah mengadakan edaran Bubur Lambuk di Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Tumpat dan Kuala Krai.
KOMEN