PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali keenam dengan yang terbaharu diadakan di Bazar Ramadhan Guchil pada 21 April.
Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Kuala Krai.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Ketua SAY Kuala Krai Haji Mohd Fauzi Husin.
Sebelum ini YADIM Kelantan telah mengadakan edaran Bubur Lambuk di Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Tumpat.
KOMEN