Home » Langit Terbuka » Ebit Lew masih belum dapat masuk Gaza

Ebit Lew masih belum dapat masuk Gaza

Ebit Lew berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel pada 25 Mei lalu. - Foto Ismaweb

KUALA LUMPUR –  Rombongan pendakwah Ustaz Ebit Lew yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum dapat masuk ke Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman berkata, bantuan daripada rombongan itu juga belum dapat dibawa masuk ke kawasan itu.

Bagaimanapun, Nadir yang dihubungi hari ini tidak mengulas lanjut mengapa usaha pendakwah terbabit masih gagal masuk ke Gaza.

Sebelum ini, banyak pihak tertanya-tanya mengenai perkembangan misi bantuan kemanusiaan itu selepas Ebit Lew dan kemudiannya dilaporkan Wisma Putra sedang mendapatkan perkembangan terkini pendakwah terbabit.

Bagaimanapun, Wisma Putra pada 12 Jun lalu mengesahkan Ebit Lew dan delegasinya berada dalam keadaan baik dan dipercayai masih meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ebit Lew dilaporkan berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel pada 25 Mei lalu.

Sementara itu, Nadir berkata, bandar Gaza kini masih menunggu pembangunan semula kerana terdapat infrastruktur di bandar itu belum di baiki.

Menurutnya, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan semua kementerian yang terbabit bagi memulakan kerja baik pulih.

“Terdapat infrastruktur yang masih belum dibaiki dan kini dalam proses menunggu untuk pembangunan semula.

“Pihak CGM tidak menunggu sesiapa untuk menjalankan kerja, kami boleh meneruskan kerja (baik-pulih),” katanya. – Harian Metro

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *