Home » Langit Terbuka » E-visa: Kelulusan visa umrah dalam 24 jam

E-visa: Kelulusan visa umrah dalam 24 jam

Jemaah yang ingin melakukan umrah tidak perlu lagi ke kedutaan atau konsulat Arab Saudi kerana mereka boleh mendapatkan visa secara elektronik yang diproses kurang 24 jam, kata kerajaan Arab Saudi. - Foto trevl.dream.co.id

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memperkenalkan sebuah platform khas yang akan digunakan untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik (e-visa).

Saudi Gazette melaporkan, perkara itu diumumkan setiausaha khas kementerian berkenaan, Abdulaziz Wazzan.

Kata beliau, pihaknya menjangkakan sejumlah 10 juta visa umrah akan dikeluarkan untuk musim baharu dengan kehadiran jemaah yang menggunakan e-visa bermula 17 Ogos lalu.

“Jemaah yang ingin melakukan umrah tidak perlu lagi ke kedutaan atau konsulat Arab Saudi memandangkan mereka boleh mendapatkan visa secara elektronik yang diproses kurang 24 jam,” katanya yang dipetik akhbar Okaz Arabic.

Mengulas lanjut Abdulaziz berkata, portal itu nanti akan dikenali sebagai platform pusat pengeluaran visa umrah elektronik yang akan dikuatkuasakan bermula musim umrah akan datang.

Sementara itu, kerajaan Arab Saudi pada musim haji kali ini buat pertama kalinya memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan secara percuma untuk membawa jemaah dari Mina ke Masjidilharam.

Pegawai khas, Adil Qari berkata, perkhidmatan itu memberi manfaat kepada lebih 43,000 jemaah haji dari seluruh dunia yang diberi peluang menikmati kemudahan itu ketika Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Jemaah dibawa ke Masjidilharam dan kembali ke Mina dengan menggunakan 150 buah bas yang beroperasi selama 30 jam tanpa henti,” ujarnya.– Saudi Gazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *