Home » Langit Terbuka » Duta nafi minta salur dana ke kedutaan

Duta nafi minta salur dana ke kedutaan

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini bebas menyalurkan bantuan untuk rakyat Palestin melalui saluran yang disediakan oleh Wisma Putra atau melalui mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menjelaskan, beliau tidak pernah menghalang penyaluran sebarang bantuan untuk Palestin ataupun mengeluarkan arahan agar bantuan mesti dibuat melalui kedutaan.Katanya, apa yang berlaku adalah salah tafsir tentang kenyataan yang dikeluarkannya pada tahun 2019 sekembalinya bercuti dari al-Aqsa.

“Semasa di Aqsa saya dimaklumkan oleh pengurusan al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang mereka juga memerlukan sumbangan sepertimana di Gaza.

“Itu yang saya sampaikan sekembalinya saya bertugas di Malaysia. Saya tiada hak campur tangan atas sumbangan yang rakyat Malaysia salurkan untuk rakyat Palestin. Dan kami amat-amat menghargainya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *