JEDDAH 18 Sept. – Duta Britain ke Arab Saudi, Simon Collis, memutuskan untuk memeluk Islam selepas berdamping dengan komuniti itu selama 30 tahun.
Memetik laporan DailyMail, melaporkan selepas beliau menjadi seorang Muslim Collis mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, bersama isterinya Huda al-Mujarkech.
“Saya memutuskan untuk mengucapkan kalimah syahadah setelah 30 tahun hidup bersama orang Islam dan sebelum mengahwini Huda,” tulis Simon petik DailyMail.
Sementara itu menurut beberapa laporan sebelum ini mendedahkan Collis memeluk Islam pada 2011, menjelang beberapa ketika sebelum beliau mengahwini Huda.
Dalam pada itu menurut Collis, dia akan menggunakan nama asalnya walaupun selepas memeluk Islam.
Terdahulu, sebelum menjadi duta di Arab Saudi, Collis sebelum ini menjadi duta Britain di Syria dari 2007 hingga 2012, selepas itu di Iraq pada 2014 dan pada Januari 2015 beliau memulakan tuganya di Arab Saudi.
Collis menjadi salah seorang daripada 19,000 warga Muslim Britain yang menunaikan haji pada tahun ini.
KOMEN