Home » Langit Terbuka » Duta Arab Saudi hargai usaha NGO Malaysia

Duta Arab Saudi hargai usaha NGO Malaysia

Wakil-wakil NGO Islam bergambar bersama Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Qattan. Foto : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussin Qattan, meraikan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia pada majlis makan tengah hari di sini, hari ini.

Majlis khas kendalian Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF) yang diadakan di Istirahah, kemudahan menyambut tetamu Kedutaan Arab Saudi di sini, itu dihadiri lebih 50 wakil pelbagai NGO Islam.

Dalam ucapan aluannya, Mahmoud Hussin berkata keutamaan Kerajaan Arab Saudi adalah menjaga kesejahteraan dua Kota Suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah.

Beliau berkata, itu adalah satu tanggungjawab besar yang dipikul oleh kerajaan Khaadimul Haramain.

“Arab Saudi sentiasa bersikap terbuka dalam menerima cadangan bagi memperbaiki urusan itu,” katanya.

Sambil menyatakan penghargaan kepada NGO Islam Malaysia, Mahmoud Hussin berkata pihak kedutaan bersedia menjalin kerja sama untuk program yang bermanfaat kepada umat Islam.

“Semoga Allah sentiasa memberkati usaha NGO Islam di Malaysia untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan,” katanya.

Mahmoud Hussin juga berkata, Arab Saudi dan Malaysia sama-sama bertanggungjawab menjaga syariat Islam.

“Malaysia dan Arab Saudi bertemu pada banyak titik yang sama, antaranya dalam mengenengahkan konsep Islam Wasatiyah,” katanya. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *