Home » Langit Terbuka » Dr. Maszlee paling popular

Dr. Maszlee paling popular

Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR 20 Mei – Laman media sosial terutamanya Facebook dan Twitter penuh dengan ucapan tahniah dan kesyukuran apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor, Dr. Maszlee Malik, 44, diumumkan sebagai Menteri Pendidikan, Jumaat lalu.

Rupa-rupanya anak jati Johor Bahru ini bukan orang sembarangan kerana dia merupakan individu yang sangat dikenali dan popular dalam kalangan mahasiswa serta lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Masing-masing memuji beliau sehinggakan ada yang sanggup untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi jika Maszlee menjadi menteri berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan sistem pendidikan negara akan lebih baik dan terarah di bawah pentadbirannya.

Tidak kurangnya ada yang memuji sikap peramah dan ketelusannya selain cara pengajarannya ketika berkhidmat di UIAM yang dianggap unik dan mempunyai falsafah-falsafah tertentu.

Bagaimanapun, Maszlee ketika bercakap kepada pemberita berasa terkejut dengan pelantikan itu, namun berjanji memberikan perkhidmatan terbaik apabila menyandang jawatan terbabit.

Beliau bertekad untuk menambah baik sistem pendidikan sedia ada yang dilihat cenderung berorientasikan peperiksaan.

Beliau juga mahu memastikan wujud sistem sokongan bagi memastikan sektor pendidikan negara ini mampu diangkat ke peringkat antarabangsa serta menjadikan rakyat lebih berdaya saing.

“Sistem pendidikan kita yang sedia ada perlukan penambahbaikan lagi. Sistem sebelum ini dikatakan terlalu berteraskan peperiksaan, agak ‘rigid’ dari segi regimentasinya.

“Sistem negara maju lebih ke hadapan, memandangkan mereka lebih mementingkan konsep pembentukan karakter, menghasilkan individu yang lebih berinovasi dan kreatif sebagai contoh,” katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *