Home » Langit Terbuka » Doakan kehancuran pemimpin menyimpang daripada Islam

Doakan kehancuran pemimpin menyimpang daripada Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

IPOH, 13 Julai – Tindakan membaca Qunut Nazilah bagi mendoakan kehancuran dan menimbulkan rasa kebencian kepada pemimpin negara adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbuatan itu jelas menyimpang daripada ajaran sebenar agama Islam yang menuntut umat Islam supaya menghormati dan melarang menghina para pemimpin.

Jelasnya, berbeza ideologi politik tidak perlu sehingga ke tahap membenci dan mendoakan keburukan pemimpin.

“Islam dan Nabi Muhammad SAW yang mempunyai akhlak yang begitu tinggi mengajar umatnya supaya sentiasa berkasih sayang dan sekiranya kita berbeza pandangan dengan orang lain apatah lagi kalau orang itu seagama dengan kita dan mereka-mereka dalam kalangan pemimpin sepatutnya kita dalam berbeza pandangan itu biarlah dengan adab yang betul,” kata Dr Na’im.

Beliau bercakap kepada pemberita pada program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara Tahun 2024, di sini.

Beliau mengulas mengenai video yang tular di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna media sosial yang memperdengarkan bacaan doa Qunut Nazilah, beserta teks yang antara lain memohon ditimpakan bala laknat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, para menteri, dan penyokongnya.

Tambah Dr Na’im, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung hantaran video tersebut dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas akaun itu.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *