KUALA NERUS 27 Mac — Walau terpalit kontroversi mempunyai hubungan dengan isteri orang, penceramah bebas Syamsul Debat tetap tenang ketika menyampaikan ceramah di hadapan 2,000 hadirin malam tadi.
Menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan beberapa pemimpin kanan kerajaan negeri turut meluang masa mendengar ceramah daripada Syamsul Debat atau nama sebenarnya, Syamsul Amri Ismail,41, pada program ‘Negeriku Bersalawat’ dan Doa Kami Untuk Palestin di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.
Pada program itu, beliau sempat menyentuh mengenai amalan berselawat, mensyukuri nikmat Allah dan hubungan kekeluargaan menerusi ceramahnya sebelum dilihat ceria berswafoto bersama peminat sebaik tamat program.
Semalam, Syamsul yang baharu pulang dari Mekah pada Ahad mengadakan sidang media menafikan tuduhan beliau mempunyai skandal dan mengacau isteri orang serta terkejut dengan laporan media berkenaan yang didakwa tidak beretika sedangkan uduhan tersebut masih dalam siasatan polis.
Tegasnya, tindakan undang-undang mungkin akan diambil terhadap media terlibat. — Bernama
KOMEN