Home » Langit Terbuka » Digelar ‘King Of Egypt’, penyokong Liverpool ‘Nak Jadi Muslim’ kerana Mohamed Salah

Digelar ‘King Of Egypt’, penyokong Liverpool ‘Nak Jadi Muslim’ kerana Mohamed Salah

Mohamed Salah kini menjadi sebutan penyokong Liverpool. Foto : cdn.footballfancast.com

PAGI tadi telah berlangsung perlawanan UEFA Champions League peringkat 16 terakhir di antara FC Porto menentang Liverpool FC yang menyaksikan Liverpool berjaya membenam FC Porto dengan jaringan 5-0 di Estadio do Dragao, Portugal.

Dua pemain yang menjadi sebutan peminat Liverpool awal pagi tadi ialah Sadio Mane dan Mohamed Salah apabila Mane berjaya mencatat hatrik pertamanya di Liverpool dan Salah bagaikan tidak mahu berhenti menjadi mesin gol Liverpool.

Yang menjadi tarikan awal pagi tadi, selepas perlawanan tersebut berakhir, sebahagian besar penyokong Liverool yang berkunjung ke Porto hanya menyebut satu nama iaitu Mohamed Salah.

Sejak menjejakkan kaki di Anfield, Mo Salah mudah mengambil hati peminat Liverpool seluruh dunia apabila pemain antarabangsa Mesir ini sehingga kini telah mencatat 30 gol musim ini untuk semua kejohanan.

Malah penyokong di sana mencipta lagu khusus untuk Salah yang digelar sebagai ‘Raja Mesir’ dan itu ialah lagu yang diubah suai liriknya daripada irama kumpulan Britain, James, berjudul Sit Down.

Lagu itu dinyanyikan ketika mereka bergembira meraikan kemenangan Liverpool dan lirik lagu tersebut ada terselit satu kata, “if He score another few, Then I’ll be Muslim too,” yang bermaksud “jika dia jaringkan gol lagi, saya juga akan jadi Muslim.”

Video yang dimuat naik oleh IlmFeed menerusi Twitter yang juga memuat naik lirik penuh lagu tersebut.

IlmFeed

@IlmFeed

“Mo Sa-la-la-la-lah

Mo Sa-la-la-la-lah

 

If he’s good enough for you

he’s good enough for me.

 

If he scores another few

then I’ll be Muslim too.

 

If he’s good enough for you

he’s good enough for me.

 

He’s sitting in the mosque

that’s where I wanna be.

 

Mo Sa-la-la-la-lah…”

 

Lirik lagu itu telah menjadi tular di laman sosial dan menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak. Betapa kuatnya impak Mohamed Salah sehingga orang bukan Islam juga sanggup membuat lirik seperti itu.

Selain itu dia juga banyak berjasa kepada kelab berkenaan atas sumbangannya membantu pemain sepasukan menjaringkan gol.

Baru berusia 25 tahun beberapa laporan menggambarkan Salah sebagai seorang Muslim yang baik dan banyak membantu orang ramai.

Antara kisah yang banyak diperkatakan mengenai Salah ialah semasa dia bermain untuk kelab Al-Ittihad Alexandria di Mesir.

Pada suatu hari rumah keluarganya dirompak dan penjenayah terbabit ditahan polis dua hari kemudian.

Tidak seperti kebanyakan orang, Salah meminta pihak berkuasa tidak mendakwa perompak terbabit walaupun bapanya berharap hukuman dikenakan ke atas lelaki berkenaan.

Sebaliknya Salah memberikan sejumlah wang kepada perompak berkenaan untuk memudahkannya memulakan hidup baru. SIAKAPKELI

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *