MUAR – Menuju Sambutan Hari Malaysia tidak lama lagi, YADIM Johor mengadakan acara Dialog Santai Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023 pada 8 September.
Program lebih 2 jam bermula 3 petang itu dihadiri kira-kira 100 ahli rakan rakan badan bukan kerajaan seperti ABIM, WADAH serta IKRAM Johor.
Forum yang menyentuh mengenai kemerdekaan dan Gagasan Malaysia Madani ini dimoderatorkan oleh Timbalan Yang Dipertua ABIM Johor, Ustaz Salaheudin Jamal. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri  Zainal Abidin pula merupakan ahli panel program.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.
KOMEN