DIALOG Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh bersama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah berlangsung di Dewan D’Pauh Garden, Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.
Sebanyak 13 NGO Islam hadir ke program tersebut. Antara yang disentuh ialah hubungan sebagai rakan strategik YADIM dan NGO Islam di Pulau Pinang serta rancangan melibatkan mereka dalam program program badan dakwan ini yang bersesuaian pada masa akan datang.
Turut disentuh Tuan Kamarul ialah berkaitan Majlis Amal Islam Malaysia di bawah kelolaan YADIM yang mengkordinasikan NGO NGO Islam di bawahnya.
Program berjalan lancar dengan kedua pihak saling bertukar pandangan dan cadangan bagi memperkasa usaha melestari gerakan dakwah di negara ini.
KOMEN