Home » Langit Terbuka » Denmark kuatkuasa denda wanita pakai niqab

Denmark kuatkuasa denda wanita pakai niqab

Larangan memakai niqab diperkenalkan selepas ia diluluskan Parlimen Denmark awal tahun ini

COPENHAGEN – Seorang wanita menjadi individu pertama yang didakwa di Denmark kerana memakai niqab selepas undang-undang itu dikuatkuasakan pada Rabu lalu.

Media tempatan melaporkan, wanita berusia 28 tahun itu didenda selepas dikecam daripada seorang wanita lain yang cuba membuka niqabnya.

Polis telah memanggil kedua-dua wanita berkenaan dan wanita terbabit telah dimaklumkan akan didenda jika enggan membuka niqabnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Horsholm, 25 kilometer dari utara Copenhagen.

Undang-undang baru Denmark itu telah menimbulkan bantahan dan kritikan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia.

Peraturan itu diperkenalkan selepas ia diluluskan Parlimen Denmark awal tahun ini.

Undang-undang itu tidak menyebut secara khusus tentang larangan pemakaian burqa atau niqab tetapi memberitahu ‘sesiapa yang memakai pakaian yang menyembunyikan mukanya daripada pandangan awam akan dikenakan denda’.

Penguatkuasaan undang-undang berkenaan menyebabkan berlaku bantahan besar-besaran oleh wanita-wanita yang memakai burqa dan niqab.

Kedua-dua wanita itu didakwa dengan melanggar keamanan dan seorang lagi kerana menutup muka.

Wanita yang menutup muka didenda 1,000 Kroner denda (AS$155) selepas menolak arahan polis supaya membuka niqab.

Human Rights Watch menyifatkan penguatkuasaan undang-undang itu sebagai diskriminasi dan ia merupakan trend berbahaya.

Pengharaman pemakaian niqab telah dikuatkuasaakan di Perancis, Austria, Bulgaria dan Bavaria, sebuah negeri di Jerman – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *