KEPALA BATAS – Di sebalik wajah tenang, terselit pelbagai kisah di tanggung seorang ibu empat orang anak, Rozita Harun.
“Maaf kak, lewat sampai,” ujar kami sebaik tiba di pintu kediaman seorang pemohon Telebantuan.
“Takpa, nak mai (datang) bila pun, kak boleh tunggu, anak anak pun dah besa (biasa) macamni, dengan keadaan lani (sekarang), makan ja apa yang ada, sesekali ada juga jiran datang menghulurkan makanan dan kadang-kadang akak juga pinjam duit saudara terdekat,” katanya.
Rozita yang mempunyai masalah tulang belakang, mendiami rumah yang disewa milik seorang penduduk kampung di sini.
Terputus bekalan makanan akibat terkesan terus dengan Perintah Kawalan Pergerakan, wanita ini memohon TeleBantuan YADIM baru baru ini.
Sumbangan kepadanya disampaikan pada 6 Ogos.
Rozita merupakan antara lapan pemohon Telebantuan YADIM yang disantuni di kawasan ini.
KOMEN