Home » Langit Terbuka » Deklarasi Sydney tekad gempur kegiatan pengganas di rantau Asia

Deklarasi Sydney tekad gempur kegiatan pengganas di rantau Asia

Malcolm Turnbull berjabat tangan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada sidang media yang diadakan semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney, Australia, 18 Mac, 2018. Foto : newschanel256

SYDNEY: Para pemimpin negara-negara ASEAN dan Australia mengulangi pendirian dan komitmen mereka untuk memerangi ekstremisme tanpa sempadan dan berusaha bekerja lebih rapat antara satu sama lain untuk mencegah aliran pejuang pengganas asing ke rantau itu.

Perkara mengenainya disimpulkan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan untuk pertama kalinya di Sydney pada Ahad.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikenali sebagai “Deklarasi Sydney” yang dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak khas itu, 11 pemimpin ASEAN berkata mereka “secara terang-terangan mengutuk keras keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.”

Mereka juga berkata mereka akan meningkatkan kerjasama serantau untuk menangani punca utama keadaan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan penyebaran keganasan dan radikalisasi.

Untuk mengukuhkan komitmen mereka, 10 negara anggota ASEAN dan Australia bersetuju pada Sabtu untuk mengadakan satu perjanjian ‘counter terrorism’ yang menandakan kerjasama yang lebih mendalam.

Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditandatangani Setiausaha Agung ASEAN Lim Jock Hoi, dan Menteri Luar Julie Bishop dari Australia, serta disaksikan 10 pemimpin ASEAN dan Australia pada akhir persidangan ASEAN-Australia itu.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berkata, Australia melihat ASEAN sebagai rakan keselamatan penting dan menggesa semangat perpaduan dalam menghadapi keganasan.

“Mereka berusaha menyemai perpecahan dengan tafsiran dan fahaman mereka yang memalsukan Islam, untuk menimbulkan kebencian antara Sunni dan Syiah untuk mengggangu hubungan antara Islam dan bukan Islam,” jelasnya.

Sementara itu Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata dalam ucapannya di forum itu, beliau menghargai kerjasama aktif Australia dengan ASEAN dalam memerangi keganasan. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *