Home » Langit Terbuka » Debat terbuka isu agama perlu dihentikan demi keharmonian negara – Mohd Na’im

Debat terbuka isu agama perlu dihentikan demi keharmonian negara – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Debat secara terbuka yang memfokuskan kepada perbezaan agama perlu dihentikan kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau menyokong pandangan Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang bahawa debat berkaitan agama tidak wajar diadakan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya sokong sepenuhnya pandangan Datuk Aaron kerana debat terbuka mengenai isu-isu agama boleh menimbulkan kekeliruan dan ketegangan dalam kalangan rakyat. Kita mahu memastikan kesatuan dan perpaduan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini terus diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program ERAT Ramadan 2025 yang dianjurkan bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Warisan Ummah Ikhlas di sini hari ini.

Sebelum ini, Datuk Aaron Ago Dagang menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan negatif debat terbuka berkaitan agama yang berpotensi menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Jumaat lepas media melaporkan Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan menetapkan tarikh debat bersama pendakwah bebas Zamri Vinoth pada 23 Mac ini yang akan dianjurkan Dewan Bahasa Tamil Malaysia. —AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *