Home » Citra Yadim » Dakwah menerusi jaringan akademik antarabangsa

Dakwah menerusi jaringan akademik antarabangsa

BANGI – Sebagai usaha mengantarabangsakan jalan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah bekerjasama dengan Princess of Naradhiwas University (PNU), Thailand dan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan satu program ilmiah.

Program yang dinamakan Persidangan Antarabangsa Islam, Pembangunan dan Keharmonian Sosial di Asia Tenggara (ICDIS) 2019 ini berlangsung selama dua hari bermula 28 November lalu di Bangunan Canselori UKM, turut mendapat kerjasama Institut Darul Ehsan.

Ia dihadiri oleh kira kira 150 peserta dari kalangan ahli akademik dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Malaysia antaranya diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Muhammad Razak Idris, Profesor Madya Dr Shofian Ahmad, Profesor Dr Kamal Mujani dan Dr Haziyah Hussin (UKM).

Tokoh luar negara yang turut serta termasuklah Profesor Mujiburrahman Mujiburrahman (Indonesia), Prof. Madya Che Lah Kekpong, Prof. Madya. Dr. Worawit Baru dan Prof. Madya Dr. Anis Pattanaprichawong (Thailand).

Menerusi ahli ahli akademik ini, YADIM berhasrat menggunakan mereka sebagai jaringan kerjasama dakwah untuk dimanfaatkan di seluruh Asia Tenggara.

ICDIS ialah acara berkala anjuran bersama Fakulti Pengajian Islam UKM dan Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab, PNU.

Ia merupakan pertemuan ilmiah bagi membincangkan isu-isu berkaitan Islam, pembangunan dan Keamanan Sosial di peringkat Asia Tenggara.

Menerusi ICDIS, adalah diharap ia dapat meningkatkan hubungan dan kerjasama di antara komuniti penyelidikan ilmiah di negara-negara Asia Tenggara, selain merancakkan mobiliti dan sosialisasi di kalangan intelektual Asia Tenggara ke arah integrasi Komuniti ASEAN serta yang tidak kurang penting, ialah untuk mencadangkan penubuhan Pusat Kajian Komuniti Muslim Asia Tenggara.

Dalam sesi kali ini di UKM, selain forum, beberapa kertas kerja berkaitan pengurusan,agama Islam, adat,undang undang, wanita, kanak, badan bukan kerajaan, ekstremisme dan lain lain lagi juga telah dibentangkan.

ICDIS dicadangkan dianjurkan sekali dalam tempoh dua tahun secara bergilir di antara UKM dan PNU.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *