KUALA LUMPUR – Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz pada 13 September lalu membantu pengislaman seorang saudara baharu di sini.
Dihadapan beberapa saksi, termasuk Pegawai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia di sini, pemuda berkenaan yang kini mahu dikenali sebagai Mohammad Monish memeluk Islam dengan bantuan Mohamad Sohaimi.
Meskipun keluarganya masih belum memeluk Islam, namun mereka tidak menghalangnya untuk memeluk Islam.
Hadir sama ke majlis ringkas ini ialah mualaf yang juga pelakon terkenal, Adam Corie. Beliau turut berada di sisi Mohammad Monish ketika pengislaman dan memberinya kata kata ransangan.
Adam turut membantu memimpin lafaz syahadah seorang wanita dari Indonesia selepas itu.
KOMEN