KUALA LUMPUR – Hidayah itu milik Allah, dan Dia berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Jika Allah menyinari nur hidayah iman dan Islam kepada hambaNya, pastilah hamba itu insan terpilih dan terbaik.
Pada 1 September 2021, insan pilihan Allah itu bernama Ita Rihanna, telah kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Islam. Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malayusia Projek Perumahan Awam Jalan Tun Razak,Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, diberi kesempatan mengajarkan kalimah agung Syahadah kepada Rihanna.
Rihanna berasal dari Kota Marudu Sabah, dari suku Kadazan. Sebahagian daipada keluarganya ada yang telah memeluk Islam.
Dengan sekali lafaz, beliau mengucapkan syahadah dengan yakin dan tenang dihadapan para saksi. Menurut beliau, sudah lama beliau ingin memeluk Islam namun merasakan sekarang ialah saat terbaik berbuat demikian.
Rihanna memeluk Islam atas kerelaan hati tanpa paksaan mahupun pujukan sesiapa. Bahkan, beliau sendiri memilih tarikh ini untuknya berhijrah ke agama Islam kerana ini adalah hari jadinya.
Semoga Rihanna diberi kekuatan beristiqomah dengan Islam dan iman hingga ke akhir hayatnya. Semoga lebih ramai golongan bukan Islam terbuka hati menerima hidayah Islam yang indah, sempurna dan sejahtera ini.
KOMEN