Home » Langit Terbuka » Cukai baharu diumum esok

Cukai baharu diumum esok

Timbalan Menteri Kewangan berkata, hasil cukai baharu tersebut akan digunakan kembali bagi tujuan kepentingan rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan satu cukai baharu yang dijangka tidak membebankan rakyat dalam pembentangan Bajet 2019, esok, 2 November.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, hasil cukai tersebut akan digunakan kembali bagi tujuan kepentingan rakyat dan mengurangkan beban untuk membayar balik hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Maklumat lanjut berkaitan cukai ini akan diumumkan esok oleh Menteri Kewangan, yang penting kita hendak pastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

“Pada masa sama, kita juga mahu memastikan supaya mempunyai hasil yang cukup untuk agenda pembangunan negara, agenda inklusiviti dan merapatkan jurang mereka yang berada di luar bandar dan kawasan terpinggir dengan kawasan maju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi gambaran satu cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan kepada negara akan diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam Bajet 2019.

Guan Eng berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *