Home » Citra Yadim » CUCMS mahu terlibat sama program YADIM

CUCMS mahu terlibat sama program YADIM

PUTRAJAYA – Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) berhasrat untuk melibatkan para pelajarnya dengan program program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Hasrat itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Professor Dr Abdul Latif Mohamed dalam kunjungannya ke ibu pejabat YADIM di sini hari ini (11 Mac 2019).

“Para pelajar kami sememangnya aktif dengan pihak luar, terutamanya yang berkaitan dengan perubatan, sesuai dengan  program dan kursus yang diambil di universiti.

“Sebagai contoh, sudah lima tahun kami melakukan aktiviti sunathon (berkhatan) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan bilangan kanak kanak yang terlibat kira kira 150 orang setiap kali.

“Jadi seterusnya, kami berharap dapat turut sama dengan YADIM dalam aktiviti yang badan ini jalankan, seperti program dengan Orang Asli umpamanya,” jelas Abdul Latif.

YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Pengarah Kanan, Ustaz Wan Subki Wan Salleh, dalam pertemuan hari ini.

CUCMS merupakan sebuah kolej universiti bertaraf lima bintang di Cyberjaya yang memfokuskan aktiviti pengajiannya kepada program berkaitan perubatan.

Ditubuhkan pada 2005, ia kini menawarkan lebih 20 program pengajian bermula dari peringkat diploma hingga doctor falsafah.

Dalam pada itu, turut dibincangkan ialah penubuhan pasukan Sahabat YADIM di CUCMS.

Menurut kolej universiti berkenaan, mereka sedang dalam proses menambah bilangan kelab dan persatuan pelajar,  dengan sasarannya ialah sehingga 50 buah, dengan setakat ini sudah 24 kelab dan persatuan ditubuhkan.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *