Home » Citra Yadim » Cuci Cuci ke Penjara Dusun Dato’ Murad

Cuci Cuci ke Penjara Dusun Dato’ Murad

AYER KEROH – Pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (11 Julai) melaksanakan khidmat bakti mereka ke Surau As Syifa, di Penjara Dusun Dato’ Murad di sini.

10 anggota diketuai Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa memulakan program pada jam 10 pagi dengan taklimat Sukarelawan Al Rahmah (SAR) sebelum kerja kerja pembersihan kawasan surau dimulakan.

Hadir sama membantu ialah kakitangan penjara dan 12 ahli SAR Jasin.

Turut mengambil bahagian ialah Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan, Penjara Dusun Dato’ Murad, Shamsul Izak bin Samli dan Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara, Ustaz Mohammad Sofian bin Talib,

Selesai kerja pembersihan, kakitangan YADIM menabur bakti dengan menyampaikan sumbangan pula kepada yang memerlukan.

Sebanyak 10 keluarga dari kawasan sekitar termasuk seorang anak kakitangan penjara, yang merupakan Orang Kelainan Upaya telah disantuni.

Program bersambung ke sebelah malam dengan solat Maghrib berjemaah sebelum Muhammad Hafiz akan menyampaikan tazkirah Maghrib bertajuk ‘Surau Rahmah’.

Program ini dianjurkan YADIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *