Home » Citra Yadim » Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 di Madrasah Tahfiz Al Fath

Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 di Madrasah Tahfiz Al Fath

TANGKAK – Program Yadim Peduli Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid 19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  terus bergerak ke seluruh negara dengan lokasi terbaharunya di Madrasah Tahfiz Al Fath di sini.

Seramai 200 asnaf dikenalpasti bakal disantuni badan dakwah ini menerusi pemberian sumbangan, yang akan disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 8 Ogos (Sabtu).

Hadir sama ke majlis ini nanti ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Taqwa, Yayasan Waqaf, serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

dalam pada itu, selain pemberian barangan keperluan harian, YADIM juga akan mengadakan program ikoniknya di madrasah itu nanti iaitu Cuci Cuci.

Surau dan kawasan sekitar madrasah akan dibersihkan oleh pasukan Cuci Cuci YADIM.

Mereka juga akan melakukan kerja kerja pembaikan kecil di madrasah berkenaan. Sebelum ini YADIM telah melakukan program yang sama di Bota, Kapar, Desa Petaling, Labuan, Manir dan beberapa kawasan lagi.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *