Home » Langit Terbuka » Cubaan serangan siber meningkat

Cubaan serangan siber meningkat

Terdapat peningkatan ketara serangan siber terhadap organisasi di sektor swasta dan kerajaan di Malaysia. (gambar hiasan)

AGENSI Keselamatan Siber Negara (NCSA) mengesan peningkatan ketara cubaan serangan siber mensasarkan pelbagai organisasi di Malaysia sejak kebelakangan ini.

Serangan itu pelbagai termasuk pencerobohan, cubaan pencerobohan, serangan penafian perkhidmatan teredar (DDos), merosakkan laman web dan jangkitan virus Malware.

Menurut kenyataan di laman web NCSA, serangan siber itu boleh menyebabkan kebocoran maklumat, kehilangan maklumat, gangguan perkhidmatan dan integriti maklumat dikompromikan.

Katanya, serangan itu menjangkiti semua jenis sistem operasi, pelayan (server) perkhidmatan atas talian dan laman web.

“Berdasarkan pemantauan sejak beberapa hari lalu, pihak kami mengesan peningkatan ketara serangan siber terhadap organisasi di sektor swasta dan kerajaan di Malaysia.

“Serangan itu dalam bentuk merosakkan laman web, emel ‘phishing’ dan DDoS. Sehubungan itu, orang ramai dan organisasi berkaitan diminta mengambil langkah perlu bagi mengelak menjadi mangsa serangan siber ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dan organisasi berkenaan diminta untuk mengemas kini semua aset penting dengan sistem keselamatan terkini; tidak membuka atau klik emel daripada sumber tidak diketahui dan pautan sama ada disertakan dengan lampiran atau tidak; memastikan perisian antivirus atau pengesan malware adalah terkini dan berfungsi; menyekat akses terhadap setiap sambungan seperti port 3389 ‘Remote Deskstop Protocol’ (RDP), port 5900 Pengkomputeran Rangkaian Maya (VNC) dan port 22 (SSH) dan perkhidmatan kecuali yang sedia terbuka.

Selain itu, bagi mengelak serangan siber, organisasi dan orang ramai perlu menyemak senarai pengguna baru yang tidak dikenali dan memantau dengan teliti bagi mengesan sebarang perkara pelik selain menukar semua nama dan kata laluan jika disyaki maklumat itu terdedah. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *